Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.
Ha........Lu Pikir ah sendiri........!
Tipah Tertelan Duit
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
_______________________________________________
Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang
mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya
ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang
awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee. .hee
baju cinta Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!. tapi kau telanjang !!!??? marah si nenek . ini BAJU CINTA saya nek, balas si cucu perempuannya BAJU CINTA ?? si nenek kehairanan ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.
Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.
kenapa dengan kau nie buang tebiat??? marah si atok tadi. ini lah BAJU CINTA bang kata si nenek tadi. BAJU CINTA??? kalau iye pun, iron la dulu baju tu
Disappointed
-
I just wanted you to know that everytime we had an argument, please do not
involve my family members. It shows you do not respect my family and in
that c...
Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan
-
Sesuatu Antara Waktu : Sekolah Kehidupan Sesuatu yang perlu diakui, setiap
orang akan melalui sekolah kehidupan yang berbeza. Dan kehidupan yang
dialami se...
.: BangLa yg GentLeMen :.
-
Kejadiann ini belaku 3 minggu lepas time naek Komuter.. Pukul 5 naek
komuter konpem penoh kan..orang balik kije la balik shopping la balik
sekolah la......
Cara Mudah Basuh Enjin Kereta
-
***tak mudah untuk aku yg xpernah try langsung nie***
Haa..kn aku dh kate aku nk post lg entry..hahahha..
Dkt 2bln++ usia kereta aku...ikutkan hati idok l...
Subhanallah, Maha Suci Allah
-
Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH,
ALLAHU AKBAR,
WALAHAULAWALA KUWATAILLA...
1. This blog may not contain any nudity or adult material and prohibited to any of those people out there that trying to share some of it wit me. 2. This blog maybe contain some of word that may not be suitable for "budak kecik n bwh umur". 3. Read at your own risk. Kena tgkap dgn pakcik ISA or kena masuk rncgn blogger(rtm), eden tak tahuuuu..
2 comments:
aku tersalah bg title kat gmbr.pandai2 r korg tgk mana lg pendek tu r lepas potg ek
ko edit la blk post ko nih..
hahahha..
neway singgah2 la blog aku..
=)
Post a Comment